Majlis Menyambut Hari Lahir utk Bulan 4 dan 5 serta Majlis Perpisahan untuk Pn. Adelin
Tarikh : 13-Mei-2009
Majlis sambutan hari lahir bagi yang lahir dalam bulan April dan Mei iaitu Pn.Rospa, En. Sabri, Yati, Hassan, Husin dan Hairul. Semoga dengan peningkatan umur ini akan lebih memberikan keceriaan dan kesihatan yang baik dan semoga terus cemerlang di dunia dan akhirat..amin.
Majlis perpisahan sempena pertukaran Pn. Adelin ke ICT,SUK berikutan kenaikan pangkat ke F44. Tahniah dan semoga berjaya di tempat baru..









Hepi Birthday & Salam Perpisahan
May 14, 2009
Posted by BTMPTGS at 8:13 AM 2 comments
Pertandingan Badminton
May 11, 2009
Tempat : Dewan Sukan SUK
Tarikh : Sabtu, 09-Mei-2009
Satu pertandingan badminton bergu telah pun berjaya diadakan sabtu lalu dengan penyertaan yang agak memberangsangkan. Kategori bergu lelaki dimenangi oleh pasangan Wan Klang dan Alif(anak Pn. Ju) serta tempat kedua pula dimenangi oleh pasangan AJK Sukan kita iaitu Syahid dan Hardi..mereka memberikan saingan yang amat sengit setelah menang sebelum itu dengan mengalahkan pasangan Erwan dan Hazizi dengan rubber game. Pasangan En. Sabri dan Azizi juga tidak kurang hebatnya dan telah memberikan tentangan yang cukup hebat walaupun tewas.
Bagi kategori bergu wanita, hanya tiga pasangan yang bertanding dan undian dibuat bagi menentukan corak pertandingan. Hasilnya kategori bergu wanita dimenangi oleh pasangan Ieja dan Haiza setelah mengalahkan pasangan Amy dan Ina juga pasangan Lia dan Yati.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Hassan selaku pengadil pertandingan. Walaupun dia tak dapat turut beraksi tetapi kehadirannya sebagai pengadil amat bererti dan bermakna bagi menjayakan pertandingan ini..juga terima kasih kepada Pn Nuha dan hubby kerana turut hadir menyokong aktiviti kelab.
TQ juga pada En. Sabri sebab sponsor breakfast..sedap sotonyer..lain kali bleh belanja lagi..hehe
Tahniah dan ucapan jutaan terima kasih untuk semua..harap sokongan padu kepada aktiviti kelab selepas ini berterusan.TQ!











lagi gambar
Posted by BTMPTGS at 8:14 AM 9 comments
Persiapan Badminton
May 8, 2009
Hadiah2 untuk perlawanan badminton suka-suka antara ahli kelab telah pun siap sedia..so, besok jangan lupa yer..datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan pertandingan ini..bagi yang takder raket badminton bleh bawak raket tenis..hehe..gurau jer..


Posted by BTMPTGS at 12:38 PM 0 comments
Mesyurat Tergempar
April 29, 2009




Posted by BTMPTGS at 11:30 AM 0 comments
Majlis Bacaan Yassin
March 8, 2009
Tarikh : 06-Mac-2009, Jumaat
Masa : 8.30 pagi


Posted by BTMPTGS at 9:46 AM 0 comments
Rumah Anak Yatim Al-Khairiyah
February 27, 2009

lagi gambarPosted by BTMPTGS at 1:05 PM 0 comments
Celebrate Birthday Februari
February 25, 2009
Selepas meeting dengan Dato Pengarah Pejabat Tanah & Galian Selangor semalam...kami mengambil kesempatan meraikan sambutan hari lahir kakitangan utk bulan Februari..tapi rupa2nya hanya seorang jer yang lahir bulan dua ni..Puan Adelin..mula2 nak buat sekali dengan bulan Mac tapi takder plak saper2 yang lahir bulan Mac..so rezeki Pn. Adelin la kan..dapat kek sorang..hehe..pastu merah2 pipinya malu pulak..
lagi gambar
Posted by BTMPTGS at 12:49 PM 1 comments
Perlawanan Bowling BTM PTGS
February 14, 2009
Acara : Perlawanan Bowling Berpasangan
Tempat : Ole-ole, Shah Alam
Tarikh : 14-Februari-2009

Hidup Kelab BTM PTGS!! hehe
Lagi Gambar :-Posted by BTMPTGS at 6:31 PM 4 comments



