skip to main | skip to sidebar

Kelab BTM PTGS

Kelab BTM PTGS

Sejarah

Kelab BTM PTGS telah ditubuhkan pada Julai 2008 dan dianggotai oleh semua kakitangan Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Tanah & Galian Selangor serta semua Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Pejabat Tanah & Daerah seluruh negeri Selangor.

Misi

Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli, menyatupadukan ikatan ukhwah bersama ahli dan keluarga serta sebagai satu cara untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja sekali gus meningkatkan produktiviti kerja masing-masing.

Archive

  • ► 2014 (4)
    • ► August (1)
    • ► April (1)
    • ► February (2)
  • ► 2012 (9)
    • ► December (1)
    • ► September (1)
    • ► July (6)
    • ► January (1)
  • ► 2011 (10)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► May (1)
    • ► March (7)
  • ► 2010 (8)
    • ► August (2)
    • ► June (3)
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ▼ 2009 (28)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► August (3)
    • ► June (2)
    • ▼ May (5)
      • GG's junior was Born
      • Hepi Birthday & Salam Perpisahan
      • Pertandingan Badminton
      • Persiapan Badminton
      • Seminar Kesedaran ICT
    • ► April (2)
    • ► March (1)
    • ► February (5)
    • ► January (5)

KELAB BTM PTGS

Pertandingan Badminton

May 11, 2009

Tempat : Dewan Sukan SUK
Tarikh : Sabtu, 09-Mei-2009

Satu pertandingan badminton bergu telah pun berjaya diadakan sabtu lalu dengan penyertaan yang agak memberangsangkan. Kategori bergu lelaki dimenangi oleh pasangan Wan Klang dan Alif(anak Pn. Ju) serta tempat kedua pula dimenangi oleh pasangan AJK Sukan kita iaitu Syahid dan Hardi..mereka memberikan saingan yang amat sengit setelah menang sebelum itu dengan mengalahkan pasangan Erwan dan Hazizi dengan rubber game. Pasangan En. Sabri dan Azizi juga tidak kurang hebatnya dan telah memberikan tentangan yang cukup hebat walaupun tewas.

Bagi kategori bergu wanita, hanya tiga pasangan yang bertanding dan undian dibuat bagi menentukan corak pertandingan. Hasilnya kategori bergu wanita dimenangi oleh pasangan Ieja dan Haiza setelah mengalahkan pasangan Amy dan Ina juga pasangan Lia dan Yati.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Hassan selaku pengadil pertandingan. Walaupun dia tak dapat turut beraksi tetapi kehadirannya sebagai pengadil amat bererti dan bermakna bagi menjayakan pertandingan ini..juga terima kasih kepada Pn Nuha dan hubby kerana turut hadir menyokong aktiviti kelab.

TQ juga pada En. Sabri sebab sponsor breakfast..sedap sotonyer..lain kali bleh belanja lagi..hehe

Tahniah dan ucapan jutaan terima kasih untuk semua..harap sokongan padu kepada aktiviti kelab selepas ini berterusan.TQ!






lagi gambar

Posted by BTMPTGS at 8:14 AM  

9 comments:

Anonymous said...

Terima Kasih tidak terhingga kepada semua ahli kelab yg menghadirkan diri pada perlawanan badminton..Tidak lupa referee yang adil dan jujur Mr Hassan..walaupun telah di beri rasuah untuk berat sebelah,die tetap dengan keputusan muktamatnya..huhuhu

May 11, 2009 at 4:02 PM  
BTMPTGS said...

kah..kah..bagi rasuah ker..sian hasan excited benor nak main..lain kali yer san..

May 11, 2009 at 4:13 PM  
HazlisaNoor said...

GG,
haiza nak mintak gamabr yg dia ambik hadiah tu dia nak gambar yg besar upload dlm picasa bleh kot ek..pastu yg reramai tgh duduk tu bukan ambik dua kali ker..mana lagi satu

May 11, 2009 at 4:25 PM  
idhassano said...

nasib baik tak bleh main.kalau tidak aku dah lompat dari kerusi referee tau....kaki aku tetiba gatal nak beraksi....hehehe...

apapun terhiburla dengan game dari peserta2 BTM...walaupun ada yg baru nak main,first time pegang reket, pening lalat dengan kiraan 21 mata, tp semangat dan keterujaan jelas terpancar pada wajah masing2...tahniah kepada AJK Sukan dan urusetia..tak lupa juga pada En.Sab sponser makan rojak klang yg sedap tu...

Harap sebelum Puasa ni kita dpt anjurkan Pertandingan badminton sekali lagi dengan penyertaan lebih ramai dr rakan2 BTM...

May 11, 2009 at 4:28 PM  
tifaizal said...

Tahniah kepada yang hadir...semoga ada lagi aktiviti yg mengeluarkan peluh mcm ini.heheh dah lama dah x bersukan nie...hahah last sukan kat sekolah menengah je dulu. dah 10 tahun x pegang reket .hahhaah.nasib la x main mcm tenis ari tu..tahniah pd pemenang...

May 12, 2009 at 8:44 AM  
Denial_iLtizam said...

salam. walupan aku xdpt dtg ke Ptndingan tsebut aku dpt rasakan aura n bahang kepanasan bermain badminton di siang hari. klu aku dtg blum tentu wan klang blh johan. sbb 'pasangan regu kembar' akan kembali beraksi dlm session akn dtg. aku harap ptndingan ini dapat dteruskan pada masa2 akn dtg. Tahniah kpd Johan n semua yg terlibat scara langsung mahu pun tidak langsung (yg xhadirla hihii).

May 12, 2009 at 11:02 AM  
Anonymous said...

memang best dan happening arr..len kali kita adakan lagi dan mudah-mudahan penyertaan makin meningkat dari nih..
"Majulah Sukan Untuk Diri Anda Sendiri"..hahahaha....

May 12, 2009 at 11:26 AM  
ana said...

emmmmmmm best nya... tahniah kepada semua yg menjayakannya.. heehe

May 15, 2009 at 3:49 PM  
mis NN said...

aduhai pic mak buyung yg akhir tu rsnye paling sensasi! ahaks ;-)
nt wat aktiviti indoor plak ye ;-)

May 26, 2009 at 10:44 AM  

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License