skip to main | skip to sidebar

Kelab BTM PTGS

Kelab BTM PTGS

Sejarah

Kelab BTM PTGS telah ditubuhkan pada Julai 2008 dan dianggotai oleh semua kakitangan Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Tanah & Galian Selangor serta semua Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Pejabat Tanah & Daerah seluruh negeri Selangor.

Misi

Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli, menyatupadukan ikatan ukhwah bersama ahli dan keluarga serta sebagai satu cara untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja sekali gus meningkatkan produktiviti kerja masing-masing.

Archive

  • ► 2014 (4)
    • ► August (1)
    • ► April (1)
    • ► February (2)
  • ► 2012 (9)
    • ► December (1)
    • ► September (1)
    • ► July (6)
    • ► January (1)
  • ► 2011 (10)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► May (1)
    • ► March (7)
  • ► 2010 (8)
    • ► August (2)
    • ► June (3)
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ▼ 2009 (28)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► August (3)
    • ► June (2)
    • ► May (5)
    • ► April (2)
    • ► March (1)
    • ▼ February (5)
      • Rumah Anak Yatim Al-Khairiyah
      • Celebrate Birthday Februari
      • Perlawanan Bowling BTM PTGS
      • Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil
      • Persiapan Ringkas
    • ► January (5)

KELAB BTM PTGS

Perlawanan Bowling BTM PTGS

February 14, 2009

Acara : Perlawanan Bowling Berpasangan
Tempat : Ole-ole, Shah Alam
Tarikh : 14-Februari-2009

Tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menghadirkan diri ke pertandingan bowling di Pusat Bowling Ole-Ole Seksyen 18 Shah Alam. Samada yang menyertai pertandingan atau yang sudi datang untuk support kawan-kawan terima kasih banyak diucapkan. Harap kerjasama dan semangat yang ditunjukkan dapat diteruskan lagi di masa-masa hadapan. Kepada yang tidak dapat turut serta,kita faham komitment mereka yg tidak dapat dielakkan namun aktiviti-aktiviti seterusnya diharapkan agar mendapat penyertaan sepenuhnya.
Berikut keputusan penuh pertandingan,oleh kerana bilangan peserta lelaki melebihi bilangan peserta perempuan jadi terpaksa ada pasangan yg kedua-duanya lelaki. Pertandingan individu tidak dapat dibuat berikutan kekangan lane kerana pada masa yang sama ada 3 pertandingan antara jabatan yang turut diadakan serentak di situ.
Kalah menang bukan objektif utama pertandingan yang penting kita sama-sama dapat beriadah, bermesra dan berkenalan sesama ahli dan meningkatkan semangat ukhwah bersama.
Hidup Kelab BTM PTGS!! hehe
Lagi Gambar :-

Posted by BTMPTGS at 6:31 PM  

4 comments:

Anonymous said...

weh GG..kata tak pandai main..orang kampung la apa la..samer la dengan ko wan..hampeh!! hehe..saper2 ader ambik gambar hari tu tolong upload masuk dlm ni yer..TQ

February 16, 2009 at 8:03 AM  
HazlisaNoor said...

amboi..amboi..si jijah dgn si syikin..first time try terus menyerlah ek..hehe..tahniah!
haiza, akak pun nak berguru dgn iza gombak la jugak lepas2 ni.. ;)

February 16, 2009 at 8:14 AM  
Anonymous said...

he.. takkanlah saya nak masuk bakul angkat sendiri. nasib baik je, point 159 tu pun yang paling tinggi saya pernah dapat sepanjang berkecimpung dalam dunia bowling sejak 25 tahun yang lalu. ape2 pun terima kasih banyak2 kepada urusetia yang telah menjayakan program tersebut. gelaran pemain terbaik begitu bermakna bagi saya walaupun hadiahnya hanya sebotol KUAH ROJAK. he..

February 16, 2009 at 9:04 AM  
Anonymous said...

kira ok ler tu hadiah cam gitu..bleh wife awak yg pregnant tu makan rojak buah..ader org tu dapat hadiah cili boh lagi..hehe..haru betul..apa2 pun its ok..hadiah bukan aim utama..yg penting best..

February 16, 2009 at 12:26 PM  

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License