Tarikh : 24 Ogos 2009
Jam : 1 tengahari
Tempat : Poliklinik UMRA, Sekyen 13 Shah Alam
Tahniah! Azizi dah dapat baby girl..Damia Amani yang lahir pada malam 23/08/2009 dengan berat masa lahir 3.4 kg..cute sangat dan tembam betul pipi dia..terpancar kegembiraan yang amat sangat di wajah azizi..lega yer..alhamdulillah semua nyer dah selamat..
zizi kata 'aku macam tak percaya tengok..ish anak aku ke ni..ee..syoknyer..' hahaha..begitulah excited seorang ayah bila first time tengok anaknyer sendiri kan..

tengokla tu tak abih2 tersengih..semoga jadi anak yang solehah..amin


pelawat2 ni pun dok asyik kerumun baby damia ni..lepas ni turn syahid dengan en. sabri la pulak..kiranya tahun ni ramai betul ahli2 BTM yg sambut baby..Hazizi KL Lgt, Ana, Nuha, Azizi, Syahid dan En. Sabri..fuh sebaya la nanti..satu kelas ker..hehe..takper meramaikan ahli kelab..hehe..tak gitu
Baby Azizi dan Nik
August 25, 2009
Posted by BTMPTGS at 9:12 AM 2 comments
Bacaan Yasin dan Tahlil
Tarikh : 20 Ogos 2009
Jam : 8.15 pagi
Bacaan Yasin dan tahlil telah diadakan di bilik prorammer tingkat G sempena menyambut bulan Ramadhan..majlis ini diterajui oleh En. Hasan selaku AJK Biro Agama..terima kasih kepada semua tenaga kerja yang menjayakan majlis ini terutama dlm sesi makan2..hehe..



ps :laily,masukkan gambar pulut kuning mak syahid..
Posted by BTMPTGS at 9:05 AM 0 comments
Mesyuarat Pengurusan dan Teknikal BTM
Tarikh : 10-Ogos-2009
Jam : 8.30 pagi
Meeting Pengurusan Bhgn Teknologi Maklumat dan bersekali meeting teknikal bersama programer daerah telah diadakan seperti tarikh dan waktu di atas..mesyuarat dipengerusikan oleh Pn Jumaiyah selaku Ketua Penolong Pengarah BTM, PTGS..berikut sedikit gambar semasa mesyuarat..
nampak si syahid tu macam tengah pening kepala jer..banyak sangat kerja kena buat ke atau tengah tahan ngantuk..hehe..gurau jer jgn marah..
nun jauh di sana en sab dengan hasan tu naper tersengih semacam jer ek..tengah bincang pasal kerja ke tengah ngumpat..hohoho..tengah ngusik saperla tu agaknyer..macam2 la gelagat semasa mesyuarat ni kan..
Posted by BTMPTGS at 8:52 AM 0 comments
Cahaya Mata ke-2 Pn.Nuha
June 24, 2009
Tarikh : 23-Jun-2009
Tempat : Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam
Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Pn.Nur Nuha kerana telah selamat melahirkan seorang putera pada hari isnin 22/06/2009 lalu..lahir secara pembedahan dengan berat baby masa lahir ialah 2.8kg..

cenderahati telah disampaikan oleh Puan Norhayati sebagai wakil dari Kelab BTM PTGS ...
nama baby boy ni belum diberikan lagi tapi menurut kata Pn. Nuha maybe nak letak nama Irfan.. hai, tengok muka baby ni teringin pulak rasanyer..hehe..sori termenyampuk..
Posted by BTMPTGS at 2:59 PM 1 comments
June Birthday & Salam Perpisahan
June 15, 2009
Masa : 12 tengahari
Tempat : Bilik Kekwa, Tingkat 5, Bangunan SUK
Majlis meraikan hari lahir kakitangan bagi bulan Jun iaitu Pn. Jumaiyah, Pn. Anuramaria, Encik Syahid dan Cik Haiza...tahniah atas peningkatan umur..hehe..semoga berbahagia dan panjang umur serta dimurahkan rezki. Salam perpisahan buat Cik Mazlina yang tamat kursus praktikal jumaat lalu..semoga berjaya dalam karear anda..





Posted by BTMPTGS at 3:45 PM 0 comments
GG's junior was Born
May 29, 2009
assalammualaikum kepada bos2, abag2, akak2 dan kawan2 papa saya..
nama saya hasya karmila bt. mohd hazizi. saya lahir pada hari jumaat 22 may 09 jam 8.31 malam di klinik bersalin razif klang. pada malam jumaat sebelum kelahiran saya tu mama dah mula rasa sakit2 sampai tak boleh tidur sebab saya tendang2 perut mama. pukul 9.30 pagi papa bawak pegi hospital sbb air ketuban dah pecah. dalam pukul 1 macam tu masuk pulak labour room sebab 'pintu' keluar nak jumpa mama n papa dah bukk 4 cm. papa setia menunggu sampai pukul 7.30 malam. mama cuba bersalin secara normal tapi mama tak larat nak teran sebab saya besar bagai johan. pukul 8 macam tu mama cakap dengan doktor nak cuba sekali lagi tapi apekan daya tak berjaya jugak. saya dengar macam papa nagis je (agaknyalah). doktor cakap kena operate sekarang jugak sebab takut saya lemas. setengah jam je lepas tu saya lahir ke dunia ni. Alhamdulillah...
Posted by BTMPTGS at 8:41 AM 4 comments
Hepi Birthday & Salam Perpisahan
May 14, 2009
Majlis Menyambut Hari Lahir utk Bulan 4 dan 5 serta Majlis Perpisahan untuk Pn. Adelin
Tarikh : 13-Mei-2009
Majlis sambutan hari lahir bagi yang lahir dalam bulan April dan Mei iaitu Pn.Rospa, En. Sabri, Yati, Hassan, Husin dan Hairul. Semoga dengan peningkatan umur ini akan lebih memberikan keceriaan dan kesihatan yang baik dan semoga terus cemerlang di dunia dan akhirat..amin.
Majlis perpisahan sempena pertukaran Pn. Adelin ke ICT,SUK berikutan kenaikan pangkat ke F44. Tahniah dan semoga berjaya di tempat baru..









Posted by BTMPTGS at 8:13 AM 2 comments
Pertandingan Badminton
May 11, 2009
Tempat : Dewan Sukan SUK
Tarikh : Sabtu, 09-Mei-2009
Satu pertandingan badminton bergu telah pun berjaya diadakan sabtu lalu dengan penyertaan yang agak memberangsangkan. Kategori bergu lelaki dimenangi oleh pasangan Wan Klang dan Alif(anak Pn. Ju) serta tempat kedua pula dimenangi oleh pasangan AJK Sukan kita iaitu Syahid dan Hardi..mereka memberikan saingan yang amat sengit setelah menang sebelum itu dengan mengalahkan pasangan Erwan dan Hazizi dengan rubber game. Pasangan En. Sabri dan Azizi juga tidak kurang hebatnya dan telah memberikan tentangan yang cukup hebat walaupun tewas.
Bagi kategori bergu wanita, hanya tiga pasangan yang bertanding dan undian dibuat bagi menentukan corak pertandingan. Hasilnya kategori bergu wanita dimenangi oleh pasangan Ieja dan Haiza setelah mengalahkan pasangan Amy dan Ina juga pasangan Lia dan Yati.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Hassan selaku pengadil pertandingan. Walaupun dia tak dapat turut beraksi tetapi kehadirannya sebagai pengadil amat bererti dan bermakna bagi menjayakan pertandingan ini..juga terima kasih kepada Pn Nuha dan hubby kerana turut hadir menyokong aktiviti kelab.
TQ juga pada En. Sabri sebab sponsor breakfast..sedap sotonyer..lain kali bleh belanja lagi..hehe
Tahniah dan ucapan jutaan terima kasih untuk semua..harap sokongan padu kepada aktiviti kelab selepas ini berterusan.TQ!











lagi gambar
Posted by BTMPTGS at 8:14 AM 9 comments