skip to main | skip to sidebar

Kelab BTM PTGS

Kelab BTM PTGS

Sejarah

Kelab BTM PTGS telah ditubuhkan pada Julai 2008 dan dianggotai oleh semua kakitangan Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Tanah & Galian Selangor serta semua Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Pejabat Tanah & Daerah seluruh negeri Selangor.

Misi

Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli, menyatupadukan ikatan ukhwah bersama ahli dan keluarga serta sebagai satu cara untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja sekali gus meningkatkan produktiviti kerja masing-masing.

Archive

  • ► 2014 (4)
    • ► August (1)
    • ► April (1)
    • ► February (2)
  • ► 2012 (9)
    • ► December (1)
    • ► September (1)
    • ► July (6)
    • ► January (1)
  • ► 2011 (10)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► May (1)
    • ► March (7)
  • ► 2010 (8)
    • ► August (2)
    • ► June (3)
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ▼ 2009 (28)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► August (3)
    • ► June (2)
    • ▼ May (5)
      • GG's junior was Born
      • Hepi Birthday & Salam Perpisahan
      • Pertandingan Badminton
      • Persiapan Badminton
      • Seminar Kesedaran ICT
    • ► April (2)
    • ► March (1)
    • ► February (5)
    • ► January (5)

KELAB BTM PTGS

GG's junior was Born

May 29, 2009

assalammualaikum kepada bos2, abag2, akak2 dan kawan2 papa saya..
nama saya hasya karmila bt. mohd hazizi. saya lahir pada hari jumaat 22 may 09 jam 8.31 malam di klinik bersalin razif klang. pada malam jumaat sebelum kelahiran saya tu mama dah mula rasa sakit2 sampai tak boleh tidur sebab saya tendang2 perut mama. pukul 9.30 pagi papa bawak pegi hospital sbb air ketuban dah pecah. dalam pukul 1 macam tu masuk pulak labour room sebab 'pintu' keluar nak jumpa mama n papa dah bukk 4 cm. papa setia menunggu sampai pukul 7.30 malam. mama cuba bersalin secara normal tapi mama tak larat nak teran sebab saya besar bagai johan. pukul 8 macam tu mama cakap dengan doktor nak cuba sekali lagi tapi apekan daya tak berjaya jugak. saya dengar macam papa nagis je (agaknyalah). doktor cakap kena operate sekarang jugak sebab takut saya lemas. setengah jam je lepas tu saya lahir ke dunia ni. Alhamdulillah...

Posted by BTMPTGS at 8:41 AM 4 comments  

Hepi Birthday & Salam Perpisahan

May 14, 2009

Majlis Menyambut Hari Lahir utk Bulan 4 dan 5 serta Majlis Perpisahan untuk Pn. Adelin
Tarikh : 13-Mei-2009

Majlis sambutan hari lahir bagi yang lahir dalam bulan April dan Mei iaitu Pn.Rospa, En. Sabri, Yati, Hassan, Husin dan Hairul. Semoga dengan peningkatan umur ini akan lebih memberikan keceriaan dan kesihatan yang baik dan semoga terus cemerlang di dunia dan akhirat..amin.

Majlis perpisahan sempena pertukaran Pn. Adelin ke ICT,SUK berikutan kenaikan pangkat ke F44. Tahniah dan semoga berjaya di tempat baru..

Posted by BTMPTGS at 8:13 AM 2 comments  

Pertandingan Badminton

May 11, 2009

Tempat : Dewan Sukan SUK
Tarikh : Sabtu, 09-Mei-2009

Satu pertandingan badminton bergu telah pun berjaya diadakan sabtu lalu dengan penyertaan yang agak memberangsangkan. Kategori bergu lelaki dimenangi oleh pasangan Wan Klang dan Alif(anak Pn. Ju) serta tempat kedua pula dimenangi oleh pasangan AJK Sukan kita iaitu Syahid dan Hardi..mereka memberikan saingan yang amat sengit setelah menang sebelum itu dengan mengalahkan pasangan Erwan dan Hazizi dengan rubber game. Pasangan En. Sabri dan Azizi juga tidak kurang hebatnya dan telah memberikan tentangan yang cukup hebat walaupun tewas.

Bagi kategori bergu wanita, hanya tiga pasangan yang bertanding dan undian dibuat bagi menentukan corak pertandingan. Hasilnya kategori bergu wanita dimenangi oleh pasangan Ieja dan Haiza setelah mengalahkan pasangan Amy dan Ina juga pasangan Lia dan Yati.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Hassan selaku pengadil pertandingan. Walaupun dia tak dapat turut beraksi tetapi kehadirannya sebagai pengadil amat bererti dan bermakna bagi menjayakan pertandingan ini..juga terima kasih kepada Pn Nuha dan hubby kerana turut hadir menyokong aktiviti kelab.

TQ juga pada En. Sabri sebab sponsor breakfast..sedap sotonyer..lain kali bleh belanja lagi..hehe

Tahniah dan ucapan jutaan terima kasih untuk semua..harap sokongan padu kepada aktiviti kelab selepas ini berterusan.TQ!






lagi gambar

Posted by BTMPTGS at 8:14 AM 9 comments  

Persiapan Badminton

May 8, 2009

Hadiah2 untuk perlawanan badminton suka-suka antara ahli kelab telah pun siap sedia..so, besok jangan lupa yer..datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan pertandingan ini..bagi yang takder raket badminton bleh bawak raket tenis..hehe..gurau jer..

Posted by BTMPTGS at 12:38 PM 0 comments  

Seminar Kesedaran ICT

Tarikh : 07-Mei-2009
Tempat : Dewan Annex, SUK
Gambar2 di sekitar Seminar Kesedaran ICT Sesi 1/2009


Posted by BTMPTGS at 12:30 PM 0 comments  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License