skip to main | skip to sidebar

Kelab BTM PTGS

Kelab BTM PTGS

Sejarah

Kelab BTM PTGS telah ditubuhkan pada Julai 2008 dan dianggotai oleh semua kakitangan Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Tanah & Galian Selangor serta semua Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Pejabat Tanah & Daerah seluruh negeri Selangor.

Misi

Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli, menyatupadukan ikatan ukhwah bersama ahli dan keluarga serta sebagai satu cara untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja sekali gus meningkatkan produktiviti kerja masing-masing.

Archive

  • ► 2014 (4)
    • ► August (1)
    • ► April (1)
    • ► February (2)
  • ► 2012 (9)
    • ► December (1)
    • ► September (1)
    • ► July (6)
    • ► January (1)
  • ► 2011 (10)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► May (1)
    • ► March (7)
  • ► 2010 (8)
    • ► August (2)
    • ► June (3)
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ▼ 2009 (28)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► August (3)
    • ► June (2)
    • ► May (5)
    • ► April (2)
    • ► March (1)
    • ▼ February (5)
      • Rumah Anak Yatim Al-Khairiyah
      • Celebrate Birthday Februari
      • Perlawanan Bowling BTM PTGS
      • Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil
      • Persiapan Ringkas
    • ► January (5)

KELAB BTM PTGS

Rumah Anak Yatim Al-Khairiyah

February 27, 2009

Semalam, khamis(26/02/2009) wakil AJK Kelab telah meluangkan masa ke rumah anak yatim di Sungai Pinang, Jalan Kapar. AJK kelab yang juga mewakili ahli2 kelab telahpun meluangkan masa beramah mesra dengan anak2 yatim ini disamping melihat keadaan dan tempat tinggal mereka dengan lebih dekat. Sumbangan berupa hamper makanan ringan turut diberikan. Untuk makluman rumah anak2 yatim ini terdiri daripada 47 orang seawal usia 6 tahun hingga 17 tahun. Terima kasih kepada En. Wan, dari Pej. Tanah Daerah Klang kerana turut serta.lagi gambar

Posted by BTMPTGS at 1:05 PM 0 comments  

Celebrate Birthday Februari

February 25, 2009

Selepas meeting dengan Dato Pengarah Pejabat Tanah & Galian Selangor semalam...kami mengambil kesempatan meraikan sambutan hari lahir kakitangan utk bulan Februari..tapi rupa2nya hanya seorang jer yang lahir bulan dua ni..Puan Adelin..mula2 nak buat sekali dengan bulan Mac tapi takder plak saper2 yang lahir bulan Mac..so rezeki Pn. Adelin la kan..dapat kek sorang..hehe..pastu merah2 pipinya malu pulak..
lagi gambar

Posted by BTMPTGS at 12:49 PM 1 comments  

Perlawanan Bowling BTM PTGS

February 14, 2009

Acara : Perlawanan Bowling Berpasangan
Tempat : Ole-ole, Shah Alam
Tarikh : 14-Februari-2009

Tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menghadirkan diri ke pertandingan bowling di Pusat Bowling Ole-Ole Seksyen 18 Shah Alam. Samada yang menyertai pertandingan atau yang sudi datang untuk support kawan-kawan terima kasih banyak diucapkan. Harap kerjasama dan semangat yang ditunjukkan dapat diteruskan lagi di masa-masa hadapan. Kepada yang tidak dapat turut serta,kita faham komitment mereka yg tidak dapat dielakkan namun aktiviti-aktiviti seterusnya diharapkan agar mendapat penyertaan sepenuhnya.
Berikut keputusan penuh pertandingan,oleh kerana bilangan peserta lelaki melebihi bilangan peserta perempuan jadi terpaksa ada pasangan yg kedua-duanya lelaki. Pertandingan individu tidak dapat dibuat berikutan kekangan lane kerana pada masa yang sama ada 3 pertandingan antara jabatan yang turut diadakan serentak di situ.
Kalah menang bukan objektif utama pertandingan yang penting kita sama-sama dapat beriadah, bermesra dan berkenalan sesama ahli dan meningkatkan semangat ukhwah bersama.
Hidup Kelab BTM PTGS!! hehe
Lagi Gambar :-

Posted by BTMPTGS at 6:31 PM 4 comments  

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil

February 13, 2009

Aktiviti : Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil
Tempat : Bilik Mesyuarat Melor, Tingkat 15, SUK

Alhamdulillah majlis telah disempurnakan oleh ahli2 kelab dengan jayanya dibawah bimbingan En. Hassan. Majlis tahlil diadakan buat ibu mertua Pn.Adelin yg telah kembali ke rahmatullah baru2 ini..harap selepas ini ahli2 di daerah dapat turut serta..


Posted by HazlisaNoor at 3:18 PM 0 comments  

Persiapan Ringkas

February 12, 2009

Sedikit gambar persiapan ringkas untuk Sabtu ini..hehe..macamla grand sangat ek..huhu

Posted by HazlisaNoor at 11:22 AM 1 comments  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License