skip to main | skip to sidebar

Kelab BTM PTGS

Kelab BTM PTGS

Sejarah

Kelab BTM PTGS telah ditubuhkan pada Julai 2008 dan dianggotai oleh semua kakitangan Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Tanah & Galian Selangor serta semua Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Pejabat Tanah & Daerah seluruh negeri Selangor.

Misi

Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli, menyatupadukan ikatan ukhwah bersama ahli dan keluarga serta sebagai satu cara untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja sekali gus meningkatkan produktiviti kerja masing-masing.

Archive

  • ► 2014 (4)
    • ► August (1)
    • ► April (1)
    • ► February (2)
  • ► 2012 (9)
    • ► December (1)
    • ► September (1)
    • ► July (6)
    • ► January (1)
  • ► 2011 (10)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► May (1)
    • ► March (7)
  • ► 2010 (8)
    • ► August (2)
    • ► June (3)
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ▼ 2009 (28)
    • ► November (3)
    • ► October (2)
    • ► August (3)
    • ► June (2)
    • ► May (5)
    • ► April (2)
    • ► March (1)
    • ► February (5)
    • ▼ January (5)
      • Derma Pakaian
      • Menziarahi Anak Pn Adelin
      • KELAB BTM PTGS
      • Bowling Championship
      • Mesyuarat BTMPTGS - 1

KELAB BTM PTGS

Derma Pakaian

January 28, 2009

Salam buat semua ahli Kelab BTM sekalian. Diminta semua ahli yang ingin menyumbangkan pakaian terpakai untuk didermakan ke rumah kebajikan atau anak yatim, sila kumpulkan pakaian yang hendak didermakan itu dan diserahkan kepada AJK Kebajikan Pn Farah Needra atau En. Hairul Anuar sebelum 28-Februari-2009. Segala sumbangan dan kerjasama semua diucapkan ribuan terima kasih. Marilah beramal untuk kebajikan bersama.

Posted by HazlisaNoor at 8:19 AM 0 comments  

Menziarahi Anak Pn Adelin

January 24, 2009

Tarikh : 23-Januari-2009
Masa : 3.00 petang
Tempat : Hospital SJMC, Shah Alam

Petang Jumaat lalu ahli kelab sempat mengziarahi anak Puan Adelin yang telah dimasukkan ke Hospital SJMC kerana dijangkiti rotavirus iaitu penyakit cirit birit dan muntah2. Ahli kelab juga mengambil kesempatan mengucapkan takhziah kepada Pn Adelin sekeluarga atas pemergian 2 orang tersayang iaitu ibu mertua dan sepupu Pn Adelin yang telah pulang ke rahmatullah pada hari yang sama..AlFatihah
lagi gambar--->>>

Posted by BTMPTGS at 10:43 PM 0 comments  

KELAB BTM PTGS

January 22, 2009

Penaung : Pn. Jumaiyah Binti Mohd Ali

Pengerusi : En. Sabri Bin Haron

Timbalan Pengerusi : Pn. Adelin Binti Abdul Latib

Setiausaha : Pn. Norhasliza Binti Hashim

Bendahari : Pn. Sarinawati bt Sahib

AJK

Kebajikan : Pn. Farah Needra Binti Hashibullah
En. Hairul Annuar Bin Abd Latib
Keagamaan : En. Hassan Bin Idris
Cik Kamalia Binti Mohd Misnan
Sukan & Rekreasi : Encik Mohamed Syahid Bin Mohamed Yunus
Encik Mohd Hardi Bin Hanip
Tugas-tugas Khas : Puan Norhayati Binti Mahmud
En. Khairul Azizi Bin Saderi

Juru Audit : Puan Nur Nuha Binti Mohd Yusuff

Posted by HazlisaNoor at 3:45 PM 0 comments  

Bowling Championship

January 20, 2009

Kelab BTMPTGS akan mengadakan perlawanan bowling antara ahli kelab pada:-

Masa : 10.30 pagi - 11.00 pagi (pendaftaran dan makan)
Tarikh: 14 Februari 2009 (Sabtu)
Tempat : Pasaraya OLE-OLE, Sek 18, Shah Alam.

Kategori yang dipertandingkan terbahagi kepada 2 bahagian:-
  • Perseorangan (Single)
  • Kumpulan (Couple)
Diminta semua ahli kelab BTMPTGS menghantar pengesahan kehadiran dan kategori kepada Biro Sukan dan Rekriasi iaitu En. Mohamed Syahid Bin Mohamed Yunus ( 03 5544 7898) sebelum 31 Januari 2009.

Posted by BTMPTGS at 3:56 PM 0 comments  

Mesyuarat BTMPTGS - 1

Tarikh : 16 Januari 2009 (Jumaat)
Tempat : Bilik Mesyuarat MTES, Level G,Bangunan SSAAS.
Masa : 9.30 Pagi.


Mesyuarat Kelab BTM, PTGS bilangan 1 tahun 2009 telahpun diadakan dengan jayanya dan dipengerusikan oleh En. Sabri Bin Haron. Antara agenda mesyuarat ialah pembentangan penutupan akaun kewangan Kelab BTM 2008 dan pembentangan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada tahun 2008. Mesyuarat juga menerima banyak cadangan dari ahli-ahli kelab untuk aktiviti tahun 2009.

Pengerusi berharap agar semua ahli-ahli Kelab dapat menaikkan nama Kelab dan agar semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya.

Mesyuarat turut meraikan sambutan hari lahir ahli BTMPTGS untuk bulan Januari.

Mereka yang lahir pada bulan ini adalah:-

* Cik Raja Khadijah (PTD Sepang)
* Cik Norain laily
* Pn. Khairunnida (PTD Hulu Selangor)
* Cik Norharizah (PTD Gombak)
* Pn. Nur Nuha
* En. Mohd Hardi
* Pn. Farah Needra

Lagi Gambar--

Posted by BTMPTGS at 12:16 PM 0 comments  

Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License